Assalamualaikum w.b.t…
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Cara-Cara untuk Solat Sunat Akad Nikah Selepas Akad.Sunat

1) Niat Solat Sunat Akad Nikah:-

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

2) Tertib Solat Sunat Akad Nikah:
Rakaat pertama:- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua:- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

3) Doa Kesejahteraan Rumahtangga Selepas Solat Sunat:-

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.

Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mu lah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.

Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.

Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpang ke jalan yang tidak Kau redhai.

Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya, fitnah, dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang Zahir mahupun yang Batin”

“Ya Allah, Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali), Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

4) Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.Doa

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’  (Riwayat Abu Daud).

5) Sujud Syukur:-

Alhamdulillah Ya ALLAH….

6) Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah

4 Perkara diatas ada dalam video Ustaz Azhar Idrus Dibawah:

———————————————————————————————————————————
NoteSila tekan LIKE pada Facebook CeritaKita.Coz yang berada diatas kanan blog ni tanda ke Supportan rakan2 dan dlm masa yang sama memberi semangat pada Admin utk terus menghidupkan pengsharingan ni 🙂 … Jika ada sebarang kekurangan sila berikan pendapat dan komen Anda di FB nanti yaaa… 

p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum…
———————————————————————————————————————————-

Comments