Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera…
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

ohartis-norman-kru-anti-pas

Penerbit album Norman Abdul Halim baru-baru ini pernah menghangatkan industri hiburan kerana kelantangannya memberi kenyataan di laman sosial Twitter berkenaan sekiranya pihak PAS berkuasa, industri Filem dan Muzik akan hancur. Anda boleh membaca artikel kami sebelum ini jika terlepas.

Padah kelantangannya itu, Norman menerima pelbagai kritikan daripada semua yang tidak bersetuju dengan kenyataannya, malah dia juga turut ditentang oleh beberapa artis yang tidak senang dengan kenyataan yang dikeluarkan antaranya pengarah filem Ahmad Idham Nazri, Hafiz Hamidun, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Namun, Norman tetap menegaskan bahawa tujuannya menulis demikian bagi membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan pihak pembangkang (PR dan PAS) sekiranya mereka diberi peluang untuk mentadbir negara ini.

“Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang. Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara.”

“Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu. Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita,” Jelas Norman.

ohartis-tweet-norman-kru-1

Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas. Malah Norman juga membidas orang yang tidak bersetuju dengan pendapatnya adalah orang yang tidak rasional.

Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.

“Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS,” tegas Norman.

Sementara itu, pengarah Filem Ahmad Idham Nazri pula menyifatkan Norman mempunyai pemikiran yang sempit dan cetek kerana kemajuan industri hiburan tidak akan menerima kesan negetif sekiranya pemerintahan bertukar kerana penonton dan pendengar yang menilai sendiri hasil kerja yang baik ataupun tidak.

Sumber ———————————————————————————————————————————
Note: Sila tekan LIKE pada Facebook CeritaKita.Coz yang berada diatas kanan blog ni tanda ke Supportan rakan2 dan dlm masa yang sama memberi semangat pada Admin utk terus menghidupkan pengsharingan ni 🙂 … Jika ada sebarang kekurangan sila berikan pendapat dan komen Anda di FB nanti yaaa…

p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum… ———————————————————————————————————————————- Malaysia Web Hosting

Comments