Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera…
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Harga kereta turunBagi meneruskan agenda pembodohan rakyat yang telah dibawa oleh pemimpin-pemimpin UMNO dari sejak Malaysia mula merdeka lagi, Lidah rasmi UMNO telah menyiarkan satu laporan dengan tajuk besar ’10 model kereta turun harga’.

Tanpa membaca sepenuhnya laporan itu, maka dengan itu melompat-lompatlah kegembiraan macai-macai UMNO dan bersoraklah mereka kerana bagi mereka Najib telah menepati janjinya..

Perenggan pertama laporannya menyatakan..

“KUALA LUMPUR 9 Jun – Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.”

Kononnya  langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya..

Tetapi apabila dibaca perengan yang kedua.. ramai yang tahu berfikir sedar mereka telah diperbodohkan oleh Utusan..

Ini kerana laporannya menyebut

” Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.”


Sebabnya manifesto BN untuk menurunkan harga kereta menjanjikan harga kereta akan diturunkan jika BN kekal berkuasa selepas PRU13 yang tarikh pengundiannya ialah 5 Mei 2012, bukannya sebelum 5 Mei 2012..

Pihak Volkswagen Malaysia telah menafikan laporan oleh Utusan itu yang mengatakan harga bagi Volkswagen telah diturunkan sebanyak RM12,000 bila diminta penjelasan oleh seseorang melalui laman FaceBook.

“Please be advised, the price on the image is incorrect. The Golf price has always RM157,888 from time of launch. Not RM169,888. Thank you.”

Selain dari Volkswagen pihak Proton juga mengalami kesukaran dengan laporan yang cuba memperbodohkan rakyat oleh Utusan itu, hingga menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan memo kepada semua agennya menjelaskan perkara sebenar..

Berikut adalah memo dari Proton..

BMim4r3CEAEQ8CN.jpg large

Ia menjelaskan, laporan akhbar itu tidak mendapat pengesahan daripada Proton.

“Laporan berkenaan mungkin berdasarkan potongan yang diberikan oleh Proton sebelum ini. Laporan dikeluarkan bukan daripada kenyataan Proton dan Proton tidak memberi maklumat harga seperti dinyatakan,” menurut memorandum itu.

Sebaliknya harga diskaun bagi model seperti Prevé, Exora dan BLM diturunkan sempena Kempen Jualan 1Malaysia pada bulan ini.

Malah peratusan penurunan harga yang ditawarkan Proton adalah lebih rendah daripada penuruan harga yang disiarkan akhar itu.

Tak ada kena mengenapun dengan Manifesto Barisan Nasional….

Sumber
———————————————————————————————————————————
Note: Sila tekan LIKE pada Facebook CeritaKita.Coz yang berada diatas kanan blog ni tanda ke Supportan rakan2 dan dlm masa yang sama memberi semangat pada Admin utk terus menghidupkan pengsharingan ni 🙂 … Jika ada sebarang kekurangan sila berikan pendapat dan komen Anda di FB nanti yaaa…

p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum… ———————————————————————————————————————————- Malaysia Web Hosting

Comments